Saturday, 16 June 2012

Definisi Rekreasi

http://dict.rewaz.org/search/browse/rekreasi.re


daripada link di atas Rekreasi bermaksud kegiatan yang menyeronokkan dan menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, seperti beritirahat dan menghiburkan hati, riadah...


http://outdooratiptb.blogspot.com/2008/09/definisi-falsafah-dan-matlamat.html


daripada link di atas juga saya mendapatkan maklumat tentang definisi rekreasi..


http://jomrekreasi.blogspot.com/2008/07/definasi-dan-konsep.html

Definasi Dan Konsep Rekreasi

Memahami makna asas rekreasi membantu komunikasi yang konsisnten di kalangan peserta, pendidik, penganjur acara dan para profesional. Tujuan utama penglibatan seseorang dalam aktiviti rekreasi adalah untuk turut serta, rasa seronok, bersosial dan mengisi masa lapang. Namun, rekreasi sebenarnya adalah sub-set kepada leisure. Leisure adalah konsep utama yang memayung istilah rekreasi dan aktiviti masa lapang yang lain termasuk sukan.

Leisure
Leisure berasal daripada kata Latin, licere yang bermaksud ‘bebas’. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa Peranchis, loisir bermaksud ‘diizinkan’ Pendekatan klasik menjelaskan maknaleisure ialah bebas daripada kontek masa, bebas memilih aktiviti dan tiada unsur paksaan.
Tiga konsep utama bagaimana pengkaji-pengkaji menterjemahkan makna leisure ialah leisuresebagai ‘masa lapang’ ; ‘satu aktiviti’ ; atau ‘keadaan dalam fikiran’. Mengikut Torkildsen (1994) ,leisure itu tidak terikat dengan masa dan tidak semestinya bertentangan dengan kerja. Ia menegaskan jika sesuatu perkerjaan itu menyeronokkan (seperti bermain bola, bermain muzik, ataupun ‘mencuri’),maka ianya leisure. Dari satu perspektif, keadaan ini boleh membawa mudarat jika seseorang itu terlalu asyik, khayal, terlampau seronok atau terlalu lama melayan kehendak fikirannya.
Antara aktiviti leisure yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Murphy (1974) dan Neulinger (1974) sependapat mengatakan leisure itu sebagai kebebasan memilih dan bersifat motivasi diri. Dumazedier (1967) dan Kraus (1998) pula mengatakan bahawa leisure itu sebagai suatu aktivti, samada aktif mahupun pasif.Di Malaysia, konsep ini dirujuk sebagai ‘aktiviti masa lapang’. Kajian sejarah Malaysia turut menjelaskan masyarakat Negara ini memahami leisure sebagai aktiviti masa lapang. Sekarang, kita perhatikan penduduk Negara ini banyak menghabiskan masa lapang dengan melancong, balik kampong, shopping, bersiar-siar, menonton, ‘lepak’ di kedai mamak, memancing, main bola petang-petang, jogging dan beraktiviti di pusat kecergasan. Tidak terkecuali ada yang menghabiskan masa lapang dengan aktiviti negative (dari pandangan masyarakat) seperti lumba motor haram,bermain mesin kuda,menonton filem lucah dan berpeleseran /lepak terlalu lama di shooping malls
Apakah bezanya leisure berbanding rekreasi? Ternyata leisure merupakan konsep ‘payung ‘ yang merangkumi rekreasi, pelancongan, kebudayaan, dan sukan. Apakah asal usul kata rekreasi dan dimanakah kedudukan rekreasi dari perspektif aktiviti masa lapang?
Rekreasi
Istilah rekreasi berasal dari kata Latin recreation yang bermaksud restoration / recovery. Menurut Kelly (1982):
Recreation is restorative, providing refreshment or re-creation, not only for work but also for other social (familial, political, etc) activities. Recreation contains the consepts of restoration of wholeness of mind, spirit and body.
Mohd Salleh Aman(2004) mendefinisikan rekreasi sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusunatur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti – maka ia dilakukan ‘demi’ penyertaan dan keseronokan.Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan.
Ternyata aktiviti rekreasi bukan semata-mata aktiviti fizikan seperti sukan bola sepak, tenis dan seumpamanya. Ia tidak terikat kepada aktiviti luar yang berasaskan alam sekitar sehaja. Ia meliputi aktiviti masa lapang yang pasif seperti jalan-jalan, makan-makan, menonton pertandingan sukan, persembahan nyanyian, wayang dan TV. Ia juga merangkumi atau duduk-duduk sahaja (do nothing). Ia turut meliputi aktiviti kebudayaan masyarakat setempat seperti karnival flora dan fauna, perarakan kereta berhias; ia melibatkan aktiviti social seperti hari keluarga, sukaneka, rumah terbuka dan majlis makan malam. Selagi acara dan aktiviti-aktiviti masa lapang ini dilakukan atas pilihan sendiri, membina diri, memiliki nilai-nilai positif, maka ianya adalah aktiviti rekreasi. Yang membezakan rekreasi dengan leisure ialah rekreasi tidak melibatkan aktiviti masa lapang yang membawa kesan negative kepada diri, keluarga dan masyarakat.


berikut adalah antara gambar-gambar rekreasi

kayak
ini gambar sama macam ikhtiar hidup



cara berkayak

perkhemahan
flying fox
indoor rock climbing  

dan itulah sedikit sebanyak mengenai definisi rekreasi dan gambar-gambar yang terlibat dengan rekreasi


Friday, 15 June 2012

History of My Life

Assalamualaikum Madam Faridah...


NAMA:  'AQILAH BINTI KAMARUDDIN


TARIKH LAHIR:  31 OKTOBER 1993


TEMPAT LAHIR:  PULAU PINANG


saya dilahirkan di Pulau Pinang.. saya ada seorang abah, seorang mak dan tiga orang kakak.. saya merupakan anak bongsu daripada empat beradik...


Firstly, saya nak start bercerita tentang abah tercinta saya Allahyarham Tuan Haji Kamaruddin bin Harun.(berasal dari Pahang)(tarikh lahir: 30 Jun 1953) Abah saya sebenarnya telah menghadap ilahi pada 21 Februari 2012 di Hijir Ismail..dkt Baitullah Mekah..semasa mengerjakan umrah...pada 21 Februari 2012 abah saya pergi untuk buat tawaf dan katanya nak sambung buat saie terus...tp sampai maghrib abah tak balik hotel...mak, kakak saya yang ketiga dengan yang lain berusaha mencari abah...pada 24 Februari 2012...mak, kakak dengan yang lain pergi ke hospital...nurse tu tarik fail kematian dan suruh jumpa doktor....doktor bawa mak, kakak dengan yang lain ke bilik mayat untuk mengesahkan...ternyata memang betul itu adalah abah..ada sorang guard ni die cite la kejadian 21 Februari 2012...die cite " lepas tawaf abah buat solat sunat tawaf di hijir ismail, lepas bagi salam...Allah menjemput abah"....abah telah disemadikan di sana...di Perkuburan Sharaya...Al-Fatihah untuk Allahyarham Tuan Haji Kamaruddin bin Harun...semoga abah ditempat bersama mereka yang disayangi Allah SWT...aminn...Abah, you will always be in Mak's, Kak Ayu's, Mar's, Ili's and Aqilah's heart and doa for you will never end...


Seterusnya, saya ingin bercerita tentang mak tercinta Che' Halimah binti Kechik...mak saya telah bersara...mak saya berasal dari Pulau Pinang...telah dilahirkan di dunia ini pada 3 September 1954..mak merupakan seorang yang sangat tabah dan cekal...baik...mak terbaik...I love you Mak...semoga mak menjadi ibu terbaik sedunia...


Oke....sekarang saya nak cite pasal 3 orang kakak saya...

1. kakak sulung saya.. nama die Harlina Ayu binti Kamaruddin. kalau gambo kt bawah die pakai baju koko...die sudah berkahwin dan kini menetap di Johor Bahru..die mempunyai 2 orang cahaya mata...dua-dua lelaki...


2. kakak kedua saya yang pakai tudung pink baju pink....nama dia Mardhiyah binti Kamaruddin...sekarang die bekerja dan menetap di Kuala Lumpur...


3. kakak ketiga saya yang pakai baju hitam...nama dia Ili Suhaili binti Kamaruddin...sekarang die bekerja dan menetap di Kuala Lumpur...


4. nombor empat...saya...'Aqilah binti Kamaruddin...lepas SPM, sementara nak tunggu result dengan nak masuk u...saya keje part time kat Kenny Rogers Roaster, Queensbay Mall, Penang...saya keja 21 Januari 2011-14 April 2011...pastu saya keja Jusco lak..kat Queensbay juga...tp keje kat Jusco seminggu je...pastu Alhamdulillah dapat tawaran masuk Universiti Teknolongi Mara....


sekian dari saya bercerita tentang History of My Life...jemputlah tgk gambo....kat bawah tu...

ni gambo famili saya..(ni raya tahun 2011 kt rumah tok) ni raya terakhir bersama abah tercinta

ni la mak ngan abah tercinta.....budak kecik tu anak kakak...Ar-Rayyan Ghadafi.


ni la saya.....gambo ni ambil time part 2 kat MK1
 p.s.: sorry tak de gambo kakak2 saya...