Wednesday, 18 July 2012

cara nak buat kertas kerja


CONTOH FORMAT KERTAS KERJA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MERBOK, KEDAH

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM:

TARIKH :

01 JANUARI 2010


TEMPAT :

DEWAN PERDANA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MERBOK, KEDAH

ANJURAN:

KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
PENGURUSAN KOKURIKULUM
UKT 1301

DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM

1.0           TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Pusat Kokurikulum dengan tujuan berikut:

1.1           Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari Pengarah Pusat Kokurikulum.

2.0           PENGENALAN
    
Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak mahasiswa terhadap perkara-perkara berikut:

2.1           Latar belakang program yang akan dijalankan.
2.2           Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar.
2.3           Nyatakan pihak yang akan bekerjasama (jika ada)

3.0           OBJEKTIF

3.1           Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai.
3.2           Memberikan huraian okjektif yang mantap dan jelas maksudnya serta tidak melerat-lerat.
3.3           Ada hubungkait dengan matlamat program, jika sekiranya bekerjasama dengan pihak luar.

4.0           JUSTIFIKASI

Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.




5.0           TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

     Tarikh                     : .......................................
     Hari                        : .......................................
     Tempat                   : .......................................
(Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus)

6.0           SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM

     Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan nyatakan nama PERASMI ( jika orangnya berbeza )

7.0     SENARAI PENCERAMAH

Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang dicadang

8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA
    
8.1           Nyatakan siapa peserta program(sama ada pelajar/kakitangan/ masyarakat luar atau antarabangsa dan jumlahmya)
8.2           Berikan justifikasi (mengapa mereka dipilih)
8.3           Sertakan maklumat lengkap peserta







9.0     TENTATIF PROGRAM

Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir program termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat, nama penceramah dan tajuk penceramah.

10.0     SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

10.1           Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa berserta nombor matrik dan jawatan yang disandang serta peranan dan tugasnya.
10.2           Bagi melincinkan aktiviti/projek setiap ajk di atas boleh melantik ahli jawatankuasa kecil masing-masing.
10.3           Semua jawatan dan ajk yang ditetapkan adalah kekal untuk digunakan bagi setiap urusan surat menyurat.

11.0     ANGGARAN KEWANGAN

Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan perbelanjaan program dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan:

11.1           Pendapatan
11.2           Perbelanjaan
11.3           Sumbangan

12.0     KEPERLUAN PERALATAN

Senarai keperluan-jika ada
13.0     PENUTUP

Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan

14.0     TANDATANGAN

Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia kertas kerja, disemak oleh Tenaga Pengajar, diperakukan oleh Penyelaras, dan diluluskan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum.


PERHATIAN: Bagi program/aktiviti yang melibatkan kerjasama daripada persatuan/kelabkertas kerja untuk kelulusan aktiviti dan peruntukan kewangan harus disediakan oleh pelajar kursus kokurikulum dan bukan daripada ahli jawatankuasa persatuan/kelab lain atau instruktur kokurikulum.














Contoh:

Disediakan oleh:

Setiausaha,
Nama Program.
Nama Kursus Kokurikulum Berkredit
........................................
(                                       ) tel no.

Disemak oleh:

Tenaga Pengajar
Nama Kursus Kokurikulum Berkredit
........................................
(                                       )

Diperakukan oleh:

Penyelaras
Pusat Kokurikulum
........................................
(                                      )

Diluluskan oleh:

Pengarah,
Pusat Kokurikulum.
Universiti Teknologi Mara
........................................................
(                                                     )