Wednesday, 29 August 2012
Sebelum anda mula berdayung, terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayung (paddle) dengan cara yang betul.
- ketika memegang Shaft/bar (batang paddle) hendaklah dengan kedua belah tangan. Pegangan ini jangan lah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk mengerak-gerakkan ketika berdayung.
- Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu.
- Posisi badan hendaklah dibawa ke belakang seberapa mungkin supaya bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada dalam keadaan yang selesa.
- Apabila berdayung kedudukan bilah dayung (blade) mestilah keseluruhannya berada dalam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak dapat diperolehi. kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.
![]() |
- Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya. kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang. beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah dari satu pegangan ke pegangan yang lain supaya otot boleh direhatkan.
Jaket keselamatan dan Buoyancy AID merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika kita berada dalam air mahupun ketika kita membuat aktiviti air. Kita tidak seharusnya membuat AKTIVITI AIR tanpa menggunakan jaket keselamatan kerana ia mungkin akan mendatangkan RISIKO.
Perbezaan Jaket Keselamatan dan Buoyancy Aid.
Kedua-dua peralatan ini mempunyai FUNGSI yang sama. Namun, prestasi dan cara penggunaannya adalah berbeza. Para pendayung seharusnya mengetahui perbezaan ini bagi menentukan bahan apungan keselamatan yang paling ideal bagi setiap aktiviti.
Buoyancy Aid.
ialah bahan bantuan APUNGAN. Ia berbentuk seperti VEST dan dilengkapi dengan tali pinggang. Bouyancy Aid diperbuat daripada sejenis GETAH kalis air yang lembut. ketika di air, ia akan membuatkan kita terapung secara menegak. Buoyancy Aid ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang PENDEK.

Jaket Keselamatan
Jaket pula ialah bahan bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang menggunakan bahan apungan LUARAN seperti UDARA ataupun gas. Ketika di air ia boleh mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72 jam.

Sebagaimana kayak, pendayung (paddle) juga mempunyai anatominya sendiri yang berfungsi untuk melancarkan lagi pergerakan dayungan. Bahagiannya ialah:
Blade (Bilah mata dayung)
http://thm-a01.yimg.com/nimage/fb1599e660175b1a
blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.
Tip (pelindung mata dayung)
Tip ailah kepingan LOGAM yang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tiada logam. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.
Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang pendayung.
Neck (leher Pendayung)
bahagian pencantuman antara blade dan shaft.
Drip Ring (bulatan Getah)
bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memilikiDrip Ring
Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.
Back of Balde (Belakang Dayung)
bahagian belakang muka dayung. Ia berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung.
Bahan Buatan Pendayung
Biasanya bahan untuk membuat Pendayung (blade) ini terdiri daripada pelbagai jenis. Ini kerana setiap pendayung yang direka bergantung kepada dua elemen penting iaitu PRESTASI dan kesesuaiannya berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
Kebanyakannya pendayung ini diperbuat daripada
kayu
Playwood (kayu lapis)
Fibreglass (gantian kaca)
Carbon/kevlar
plastik

Bila kita dah tahu mengenai sejarah kayak latar belakang kayak, perkembangan kayak mcm mana kayak ni dulu dikembangkan sehingga laa sekarang, dimana anda boleh tgk di website facebook http://www.facebook.com/aminkenu#!/album.php?aid=70557&id=1171498320&ref=mf
AKAR JERLUN KAYAK RACE, http://www.canoeicf.com dan lain-lain....
Dalam aktiviti berkayak ini banyak peralatan yang penting kita gunakan dan yang paling penting ialah kayak itu sendiri,paddle (pendayung), jaket keselamatan dan yang terakhir wisel.
ANATOMI KAYAK

Bagaimana memilih kayak yang sesuai.
kayak yang kita pilih seharusnya bersesuaian dengan saiz badan kita dan jenis aktiviti yang hendak kita lakukan. Kayak arus deras selalunya pendek (2.86m - 3.7m). Berbentuk bulat dan mempunyai geladak depan dan belakang yang nipis bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan berpusing dengan cepat di arus deras. Kayak yang digunakan di laut pula lebih panjang (4.6m - 5.7m) dan mempunyai geladak yang lebih tinggi untuk memudahkannya bergerak lurus dan meredah ombak.
credit to AMIN UPSI
Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak.
Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.
Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.
Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.
Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.
Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.
Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.
Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung.
Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan.
Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.
Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.
Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja.
sejarah kayak
hai semua....u all mesti dah kenalkan apa itu KAYAK or canoe.. mesti semua berfikir yang kayak ni mcam sampan yang biasa muda mudi berdating kat tasik naik kayak...hahahaa kayak yang ada di tasik titiwangsa, tasik ayer keroh adalah kayak jenis leisure...ialah jenis riadah or santai. Dalam blog ramoaz ada juga menceritakan pasal kayak
Ok sebelum kita pergi lebih jauh lagi apa kata saya bgtau kat u all tentang sejarah KAYAK. kayak sebenarnya telah bermula seawal peradaban manusia lagi. ini kerana air merupakan sumber pengangkutan utama bg mereka. Pengembaraan melalui jalan air lebih cepat berbanding darat. Malahan kebanyakan kawasan pertempatan manusia dahulu berpusat di pinggir sungai. Mereka yg tinggal di kawasan hutan dan kaya dgn sumber alam seperti pohon kayu mereka menebuk atau membakar teras kayu dan menjadikannya sebagai kenderaan air. Ia dinamakanDugout atau Kolek.
Di Eropah pula hutannya kaya dgn kayu-kayu lembut dan kulit kayu yang kalis air. Mereka membina kerangka kayak daripada kayu dan dindingnya dibuat dari kuit kayu Birch. Kenderaan ini dinamakan Kenu Canadian.
Penghuni Artik pula mempunyai sumber kayu asli yang terhad, namun begitu mereka memiliki banyak sumber kulit dan tulang dari ikan paus dan anjing laut yang mereka buru. Oleh itu kenderaan mereka dibina kerangkanya dari kayu atau tulang binatang dan disaluti dengan kulit binatang. kenderaan ini dinamakan Inuit ataupun kayak Eskimo.
SEJARAH PERKEMBANGAN KAYAK DUNIA
aktiviti kenu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Namun begitu, tokoh terkenal iaitu John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya kayak kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan. beliau telah digelar sebagai Bapa Kayak Moden sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkembangan aktiviti kayak.
Beliau adalah seorang pelaut British. pengembaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau dengan pelbagai pengalaman.
Pada tahun 1866, kelab kenu pertama di dunia telah ditubuhkan di Twickenham, England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kenu di seluruh England terutamanya di kalangan pelayar dan golongan atasan British. Tujuh tahun kemudian kelab ini telah melahirkan ramai penggiat aktiviti kayak.

Wednesday, 18 July 2012
cara nak buat kertas kerja
CONTOH FORMAT KERTAS KERJA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MERBOK, KEDAH
KERTAS KERJA
NAMA PROGRAM:
TARIKH :
01 JANUARI 2010
TEMPAT :
DEWAN PERDANA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MERBOK, KEDAH
ANJURAN:
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
PENGURUSAN KOKURIKULUM
UKT 1301
DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM
1.0
TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan
kewangan daripada Pusat Kokurikulum dengan tujuan berikut:
1.1
Untuk mendapatkan
kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari Pengarah Pusat Kokurikulum.
2.0
PENGENALAN
Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak mahasiswa terhadap
perkara-perkara berikut:
2.1
Latar belakang program
yang akan dijalankan.
2.2
Menghuraikan kepentingan
jika perlu melibatkan pihak luar.
2.3
Nyatakan pihak yang
akan bekerjasama (jika ada)
3.0
OBJEKTIF
3.1
Nyatakan
objektif/tujuan yang hendak dicapai.
3.2
Memberikan huraian
okjektif yang mantap dan jelas maksudnya serta tidak melerat-lerat.
3.3
Ada hubungkait dengan
matlamat program, jika sekiranya bekerjasama dengan pihak luar.
4.0
JUSTIFIKASI
Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.
5.0
TARIKH, HARI DAN
TEMPAT PROGRAM
Tarikh :
.......................................
Hari :
.......................................
Tempat :
.......................................
(Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus)
6.0
SENARAI TETAMU
KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM
Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan
nyatakan nama PERASMI ( jika orangnya berbeza )
7.0
SENARAI PENCERAMAH
Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang
dicadang
8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA
8.1
Nyatakan siapa peserta
program(sama ada pelajar/kakitangan/ masyarakat luar atau antarabangsa dan
jumlahmya)
8.2
Berikan justifikasi
(mengapa mereka dipilih)
8.3
Sertakan maklumat
lengkap peserta
9.0
TENTATIF PROGRAM
Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir
program termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat,
nama penceramah dan tajuk penceramah.
10.0
SENARAI AHLI
JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
10.1
Sediakan senarai nama
penuh Ahli Jawatankuasa berserta nombor matrik dan jawatan yang disandang serta
peranan dan tugasnya.
10.2
Bagi melincinkan
aktiviti/projek setiap ajk di atas boleh melantik ahli jawatankuasa kecil
masing-masing.
10.3
Semua jawatan dan ajk
yang ditetapkan adalah kekal untuk digunakan bagi setiap urusan surat menyurat.
11.0
ANGGARAN KEWANGAN
Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan perbelanjaan program
dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan
yang diperlukan:
11.1
Pendapatan
11.2
Perbelanjaan
11.3
Sumbangan
12.0
KEPERLUAN PERALATAN
Senarai keperluan-jika ada
13.0
PENUTUP
Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan
14.0
TANDATANGAN
Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia kertas
kerja, disemak oleh Tenaga Pengajar, diperakukan oleh Penyelaras, dan
diluluskan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum.
PERHATIAN: Bagi program/aktiviti yang melibatkan
kerjasama daripada persatuan/kelab,
kertas kerja untuk kelulusan aktiviti dan peruntukan
kewangan harus disediakan oleh pelajar kursus kokurikulum dan
bukan daripada ahli jawatankuasa persatuan/kelab lain atau instruktur
kokurikulum.
Contoh:
|
Disediakan oleh:
|
Setiausaha,
Nama Program.
Nama Kursus Kokurikulum Berkredit
........................................
( ) tel
no.
|
|
Disemak oleh:
|
Tenaga Pengajar
Nama Kursus Kokurikulum Berkredit
........................................
( )
|
|
Diperakukan oleh:
|
Penyelaras
Pusat Kokurikulum
........................................
( )
|
|
Diluluskan oleh:
|
Pengarah,
Pusat Kokurikulum.
Universiti Teknologi Mara
........................................................
(
)
|
Wednesday, 4 July 2012
klasifikasi kecederaan
Kecederaan Tisu Lembut
http://lathashila.blogspot.com/2011/06/kecederaan-luaran-kecederaan-tisu.html
http://lathashila.blogspot.com/2011/06/kecederaan-luaran-kecederaan-tisu.html
Kecederaan Tisu Keras
Kecederaan TOTAPS
Kecederaan RICE
Pencegahan Kecederaan
Pemulihan Kecederaan
1) Anduh Besar

2) Balutan cincin
3) Balutan Tangan
Subscribe to:
Comments (Atom)