Sebelum anda mula berdayung, terlebih dahulu anda mestilah tahu memegang dayung (paddle) dengan cara yang betul.
- ketika memegang Shaft/bar (batang paddle) hendaklah dengan kedua belah tangan. Pegangan ini jangan lah terlalu ketat kerana ini akan menyukarkan batang dayung untuk mengerak-gerakkan ketika berdayung.
- Posisi kedua belah tangan yang memegang dayung hendaklah sedikit keluar dari bahagian bahu.
- Posisi badan hendaklah dibawa ke belakang seberapa mungkin supaya bahagian belakang anda dapat bersandar pada kayak. Sementara itu, bahu anda mestilah berada dalam keadaan yang selesa.
- Apabila berdayung kedudukan bilah dayung (blade) mestilah keseluruhannya berada dalam air. Dayungan (stroke) mestilah seberapa panjang yang boleh supaya kelajuan maksima kayak dapat diperolehi. kadar dayungan ialah antara 45-50 dayungan bagi seminit.
![]() |
- Berdayung akan menyebabkan otot-otot berasa letih dan sakit-sakit. Oleh itu janganlah berkali-kali memaksa otot anda bekerja lebih dari kemampuannya. kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan jangka panjang. beberapa pegangan pada batang dayung hendaklah dicuba dan diubah dari satu pegangan ke pegangan yang lain supaya otot boleh direhatkan.

No comments:
Post a Comment